Syarikat Life Nutrics Sdn Bhd telah ditubuhkan pada bulan Mei 2024, dengan visi untuk menjadi peneraju dalam industri kesihatan dan pemasaran rangkaian. Fokus utama Life Nutrics adalah pada pengeluaran produk kesihatan premium, yang diformulasi untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden.
Ia juga membangunkan sistem jualan dan pengedaran yang inovatif, untuk membantu anda membina perniagaan dengan lebih mudah dan berkesan.
Matlamat Life Nutrics jelas:
- Memudahkan akses kepada produk kesihatan berkualiti bagi semua lapisan masyarakat.
- Mewujudkan peluang pendapatan kepada anda — secara fleksibel dan berterusan.


Life Nutrics diasaskan oleh seorang tokoh yang cukup dikenali dalam dunia network marketing – Tuan Shahan Hamzan.
Dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam industri, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting – termasuk sebagai jurulatih profesional dan eksekutif pengurusan tertinggi dalam syarikat besar.
Sepanjang kariernya, beliau telah menyaksikan sendiri kisah transformasi ‘Zero to Hero’ – bagaimana individu biasa boleh capai luar biasa dengan bimbingan dan sistem yang betul.
Berdasarkan pengalaman itulah, beliau menubuhkan Life Nutrics – satu platform yang dibina dengan asas yang kukuh, sentiasa melalui penambahbaikan, dan bertujuan menawarkan gaya hidup yang lebih bermakna dan mencukupi kepada semua.
Inilah masa untuk anda mulakan perjalanan baru bersama seorang pemimpin yang benar-benar faham industri — dan komited membina kejayaan bersama anda.
Life Nutrics juga telah menerima Sijil Akta Jualan Lansung (No. Lesen: AJL 932493) dari KPDNKK pada 4 Februari 2025 dan produk Nutrika diperakui HALAL oleh JAKIM (No. Rujukan: JAKIM.700-2/3/1 073-03/2025) pada 16 April 2025.

Lesen AJL ini merupakan lesen rasmi yang diwajibkan oleh kerajaan bagi mana-mana syarikat yang terlibat dalam jualan langsung atau pemasaran rangkaian.
Ia membuktikan bahawa Life Nutrics mematuhi semua garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Dengan pengiktirafan ini, anda boleh melangkah yakin bersama Life Nutrics — Sebuah syarikat yang sah, selamat dan dipercayai.