Di Life Nutrics, anda boleh pilih untuk bermula dengan salah satu daripada 3 pakej keahlian, mengikut bajet dan komitmen anda.
Yang menariknya, anda masih boleh naik taraf ke pakej lebih tinggi dalam tempoh 2 bulan, dengan hanya membayar perbezaan harga sahaja.Tetapi selepas 2 bulan, anda perlu bayar harga penuh jika ingin upgrade.
Setiap pakej datang dengan potensi pendapatan dan ganjaran yang berbeza, bergantung kepada kemampuan dan komitmen anda.
LIFE NUTRICS
PELAN GANJARAN
Selain daripada penjimatan besar yang anda nikmati apabila membeli produk hebat Life Nutrics, kami juga menawarkan peluang untuk menjana pendapatan melalui pelan pampasan paling menarik dalam industri!
Di Life Nutrics, anda akan mendapat Kick Start Bonus setiap kali anda menaja ahli baharu secara langsung. Bonus 30% ini diberikan kepada semua ahli — sama ada aktif atau tidak aktif. Pembayaran: Semasa
Contohnya, jika anda berstatus Gold, dan anda menaja:
Ahli pakej Silver: anda terima RM96 (30% dari RM320)
Ahli Silver Plus: anda terima RM576 (30% dari RM1920)
Ahli Gold: anda terima RM1,056 (30% dari RM3520)
Jika anda (Gold), semua jumlah Kick Start Bonus akan masuk ke Cash Wallet anda.
Jika anda (Silver Plus) menaja ahli pakej lebih tinggi, iaitu Gold, separuh bonus akan masuk ke Upgrade Wallet anda.
Jika anda (Silver) menaja ahli pakej lebih tinggi, iaitu Silver Plus atau Gold, separuh bonus akan masuk ke Upgrade Wallet anda.
Jumlah dalam Upgrade Wallet hanya untuk menaik-taraf keahlian anda sahaja. Sistem Upgrade Wallet ini adalah keunikan Life Nutrics yang tidak ditawarkan di kebanyakan syarikat network lain. Ia membantu anda naik ke pakej lebih tinggi tanpa keluar modal penuh dari poket sendiri!
2. Group Bonus
Life Nutrics menggunakan sistem pampasan binari, iaitu struktur di mana setiap ahli mempunyai dua kaki — kiri dan kanan. Setiap kali berlaku pasangan jualan kiri dan kanan, anda layak menerima Group Bonus. Setiap 80PV (2 kotak Nutrika) dikira sebagai 1 set.
Bonus ini dikira berdasarkan jumlah jualan dari kaki yang lebih lemah. Ini secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan seimbang dan kerja berpasukan dalam organisasi anda. Untuk melayakkan diri, anda perlu menjadi ahli aktif. Pembayaran: Harian.
Jika anda berstatus Gold, anda akan menerima RM46 untuk setiap 11 pasangan pertama setiap hari, dan RM23 untuk pasangan seterusnya, tanpa had!
Bagi ahli Silver Plus, anda boleh jana Group Bonus hingga 50 pasangan sehari: 6 pasangan pertama dibayar RM46 setiap satu, dan 44 pasangan berikutnya dibayar RM18 setiap pasangan.
Jika anda berstatus Silver, anda boleh jana sehingga 25 pasangan sehari:Pasangan pertama dibayar RM46, 24 pasangan selepas itu dibayar RM13 setiap satu.
Inilah kehebatan Group Bonus Life Nutrics —Bila anda bina pasukan dan bantu mereka berkembang, anda juga menikmati ganjaran berterusan, setiap hari.
Jom kita lihat aplikasi sebenar sistem binari Life Nutrics — dan bagaimana anda boleh bina rangkaian besar hanya dengan 2 orang sebulan!
Bayangkan begini: setiap bulan, anda perkenalkan hanya 2 orang sahaja ke dalam Life Nutrics. Setiap orang dalam kumpulan anda juga hanya memperkenalkan 2 orang setiap bulan, dan semua orang buat perkara yang sama…
Hasilnya? Dalam masa 12 bulan, anda sudah ada 24 orang direct sponsor dalam kumpulan anda. Dalam masa 12 bulan sahaja, rangkaian anda boleh berkembang menjadi lebih 4,000 orang, semuanya bermula dengan 2 orang sebulan!
Inilah kekuatan sistem binari Life Nutrics — mudah, boleh diulang, dan berpotensi besar.
Mula sekarang dengan 2 orang. Anda akan terkejut dengan hasilnya nanti.
Lihat pula simulasi luar biasa ini!
Anda dan semua ahli dalam kumpulan anda hanya menaja ahli pakej Gold.
Pada minggu pertama, anda menaja 2 orang ahli Gold. Anda akan menerima Kick Start Bonus + Group Bonus berjumlah RM2,618!
Minggu berikutnya, apabila dua orang downline anda juga menaja ahli Gold, anda akan menerima RM1,012 lagi dari Group Bonus.
Secara tak langsung, anda telah mendapat kembali modal pembelian pakej Gold anda!
Dari minggu ke-3 hingga minggu ke-10, dengan pertumbuhan berterusan dan struktur binari yang aktif,
Anda akan terus menikmati Group Bonus tanpa had:
RM46 untuk 11 pasangan pertama setiap hari
RM23 untuk pasangan seterusnya
Hasilnya? Anda berpotensi menjana lebih RM400,000 hanya dalam masa 10 minggu!
Atau… jika anda lebih santai… capai matlamat ini dalam 10 bulan saja – dengan hanya 2 orang setiap bulan.
Inilah kuasa sistem binari di Life Nutrics. Ia mudah, boleh diulang, dan memberi hasil lumayan. Mula hari ini, dan bangunkan impian anda – dua orang pada satu masa.
3. Partnership Bonus
Ia adalah bonus di mana anda boleh menikmati peratusan pendapatan dari ahli yang anda taja — dan juga dari kumpulan di bawah mereka!
Ini bermakna anda masih boleh menjana pendapatan, walaupun hanya satu kaki dalam rangkaian anda yang sedang aktif bergerak. Sangat sesuai untuk permulaan dan network kecil!
Bonus ini hanya untuk ahli yang aktif, dan dibayar setiap hari — selagi rangkaian anda terus berkembang.Â
Jika anda ahli Gold: anda terima bonus sehingga 25% daripada 5 peringkat.
Jika anda Silver Plus: anda terima 9% sehingga 3 peringkat.
Dan jika anda Silver: anda terima 6% juga hingga 3 peringkat.
Inilah keunikan Partnership Bonus – pendapatan pasif yang anda terima setiap hari, hasil kerja keras team yang anda bimbing sendiri. Lebih ramai anda bantu berjaya, lebih besar bonus anda setiap bulan!Inilah keunikan Partnership Bonus – pendapatan pasif yang anda terima setiap hari, hasil kerja keras team yang anda bimbing sendiri. Lebih ramai anda bantu berjaya, lebih besar bonus anda setiap bulan!
Jom kita tengok simulasi ringkas bagaimana Partnership Bonus boleh hasilkan pendapatan yang besar — hanya dari satu line tajaan anda!
Katakan setiap orang dalam rangkaian anda — dari level 1 hingga level 5 — menjana pendapatan sebanyak RM10,000.
Maka, anda akan menerima Partnership Bonus seperti berikut:
RM500 dari Level 1
RM800 dari Level 2
RM1,200 dari Level 3
RM1,600 dari Level 4
Dan RM1,600 dari Level 5
Jumlah keseluruhan dari satu line: RM5,700!
Sekarang bayangkan kalau anda ada 24 orang penajaan aktif yang masing-masing ada rangkaian sendiri.
Inilah keunikan Life Nutrics. Bila anda bantu orang lain berjaya, anda sendiri akan menikmati hasilnya — setiap hari, setiap bulan.
4. Personal Bonus
Ganjaran khas untuk anda setiap kali membeli produk untuk diri sendiri! Sama ada anda aktif atau tidak aktif, anda tetap layak menerima Personal Bonus setiap kali anda membuat pembelian ulangan. Pembayaran: Harian.
Harga satu kotak Nutrika ialah RM140, bersamaan dengan 35PV.
Jika anda seorang ahli Gold, anda akan terima rebat 20%, iaitu RM28.
Maksudnya, kotak Nutrika yang anda beli sebenarnya hanya berharga RM112 sahaja!
Bagi Silver Plus, anda dapat 15%, bersamaan RM21.
Dan Silver, anda masih terima 10%, iaitu RM14 rebat.
Di Life Nutrics, beli untuk diri sendiri pun boleh jana pendapatan. Nak lebih untung? Naik taraf ke Gold dan nikmati rebat tertinggi!
5. Sales and Purchase Bonus
Bonus ini diberikan kepada ahli yang aktif, dan membuat pembelian peribadi sekurang-kurangnya 1 kotak Nutrika atau 35PV setiap bulan.
Pembayaran dibuat setiap bulan, dan potensi pendapatan anda akan bergantung kepada saiz dan aktiviti kumpulan peribadi anda. Setiap kali anda menaja ahli baru, anda akan menikmati S&P bonus ke atas semua pembelian dalam kumpulan peribadi anda, sehingga 10 level.
Jika anda ahli Gold, anda akan nikmati: 15% S&P Bonus dari Level 1 hingga 5 bila anda beli 1 kotak (35PV). Dan tambahan 10% lagi dari Level 6 hingga 10, jika anda buat pembelian 2 kotak (70PV) pada bulan itu.
Untuk ahli Silver Plus, anda menikmati 15% hingga 5 level.
Manakala ahli Silver, menerima 13% hingga level 4.
Yang menarik, S&P Bonus ini sangat sesuai untuk anda yang baru bermula — kerana anda masih boleh dapat pendapatan walaupun hanya satu kaki anda yang bergerak aktif. Guna produk, buat jualan, dan bantu kumpulan anda membuat pembelian ulangan — semuanya memberi anda pendapatan pasif bulanan. Inilah kuasa sebenar S&P Bonus di Life Nutrics!
Lihat Simulasi S & P Bonus bagi ahli Gold di mana setiap orang di dalam Kumpulan anda mengambil 2 kotak Nutrika untuk diri mereka setiap bulan.
7% Bonus S&P level Pertama dan 2% bonus setiap level dari Level 2 sehingga Level 10. Jumlah keseluruhan dari satu line: RM5,742!
Sekarang bayangkan kalau anda ada 24 orang penajaan aktif yang masing-masing ada rangkaian sendiri.
Â
6. Performance Bonus
Ganjaran eksklusif yang diberikan kepada ahli Gold yang aktif dan konsisten untuk memperolehi saham CTO syarikat.
Untuk melayakkan diri, anda perlu:
Berstatus Gold
Dan membuat pembelian terkumpul sekurang-kurangnya 210PV, bersamaan 6 kotak Nutrika dalam tempoh 6 bulan kalendar.
Setiap kali anda menaja ahli baru, anda akan mengumpul Performance Point (PP):
Tajaan Gold: 25 PP
Silver Plus: 12 PP
Silver: 2.5 PP
Â
Dalam tempoh 6 bulan, jumlah PP anda akan dikira untuk menentukan jumlah saham (CTO) syarikat yang anda layak terima:
Lebih 500 PP: 1 Share
Lebih 1000 PP: 2 Shares
Lebih 1500 PP: 3 Shares
Lebih 2000 PP: 4 Shares
Nilai setiap saham bergantung pada prestasi jualan syarikat.
Lebih ramai anda taja — lebih banyak PP anda kumpul. Dan lebih banyak saham syarikat yang anda boleh miliki. Inilah ganjaran jangka panjang untuk ahli Gold yang komited di Life Nutrics!
7. Leadership Bonus
Ganjaran istimewa untuk ahli yang berjaya menaikkan pangkat dan mengekalkan prestasi mereka. Untuk melayakkan diri, anda mestilah berada pada pangkat Executive atau ke atas, dan mengekalkan pendapatan minimum selama 3 bulan berturut-turut.
Bonus ini akan dibayar setiap 3 bulan sekali sebagai ganjaran kepada komitmen dan usaha anda memimpin kumpulan.
Jadi, naikkan pangkat anda, bimbing team anda, dan kekalkan prestasi untuk menikmati Leadership Bonus secara berterusan!
8. Royalty Bonus
Ganjaran eksklusif untuk mereka yang berada di tahap Ambassador dan ke atas, dan ke atas yang aktif, dan mencapai pendapatan minimum melalui Bonus Sales & Purchase setiap bulan.
Nilai Royalty Bonus ditentukan berdasarkan prestasi jualan syarikat, dan akan dikongsi sama rata dalam kalangan ahli yang layak mengikut pangkat masing-masing.
Sebagai contoh, jika Royalty Bonus bulan tersebut bernilai RM40,000, jumlah itu akan dikongsi di antara semua yang berpangkat Ambassador pada bulan tersebut.